Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16

Tuesday, May 19

Panas: Program Membaik Pulih Gereja SDA Kuala Penyu

Gambar-gambar program membaik pulih Gereja SDA Kuala Penyu:







BACA jangan tak baca! Saya bagi pihak SACUS mengucapkan tahniah kepada saudari Julailyn Jilius selaku pengarah program serta ajk-ajk yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Inilah kali pertama SACUS mengadakan program seumpama ini, yang mana merupakan aktiviti terakhir SACUS pada semester ini (semester II sesi 2008/09). Seramai 18 orang peserta terlibat di dalam program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Politeknik, UiTM, dan UMS. Program ini bermula dari 8 Mei - 14 Mei 2009. Izikan saya menggunakan bahasa harian kita di dalam menterjemahkan perjalanan aktiviti ini.

Begini ba ceritanya yang mula-mula tu.. Adalah tu satu masa, si Julai cakap mau buat program membaikipulih Gereja SDA Kuala Penyu. Lepas tu dapat respon yang baik dari kawan-kawan yang lain. Jadi apa lagi, si Julai sama si Fred pun mulalah merancang
dengan penuh teliti program ini. Program ini kira besar jugalah, sebab perlu wang RM3,000, untuk membeli keperluan-keperluan gereja seperti cat, playwood, dan lain-lain termasuklah juga kos pengangkutan, makanan, dan penginapan. Memang banyaklah halangan-halangan sepanjang masa mengurus program ini, contohnya kereta rosak, mau cari wang lagi dan lain-lain. Tapi, puji Tuhan, semua masalah ini dapat diatasi kerana Tuhan sudah menyediakan jalan keluar terhadap semua masalah-masalah ini. :-)

Pihak SD (sacusdaily) sempat menemubual beberapa rakan-rakan yang terlibat di dalam program ini. Apa yang pasti, keceriaan yang terpapar diwajah-wajah mereka jelas membuktikan bahawa sesungguhnya program ini memang sukses! Mari kita dengar sendiri pendapat pastor dan rakan-rakan kita yang join program ini:

"Saya bersyukur kepada Tuhan. Janjinya dalam Yohanes 16:7-8 mengutus Penghibur datang menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman. Kini nyata telah tiba menyentuh hati, fikiran dan jiwa orang yang merelakan Roh itu berkerja dalam hidupnya. Khususnya kepada ahli SACUS dan peribadi lain juga gereja-gereja yang terlibat langsung dan tidak langsung, menyumbangkan usaha murni membaikpulih dan mencantikkan gereja SDA Kuala Penyu yang menjadi pusat gerakan penjanaan kuasa penabur injil panggilan terakhir, jiwa untuk dimenangi dalam Kristus. Kiranya usaha murni ahli SACUS terus dikuasakan oleh Roh Kudus menjangkau jiwa dituntun setia dalam Tuhan baik dikalangan ahli-ahlinya juga jiwa yang melihat kejayaan pelayanan ahli SACUS. Doa saya majulah SACUS dalam pelayanan menggenapi panggilan pelayanan menjelang saat pintu kasihan masih terbuka. Diberkati dan dirahmati Tuhanlah kiranya ahli-ahli SACUS. Tempatkanlah Tuhan yang utama dan pertama dalam kehidupan kita semua. Semoga SEJAHTERA TUHAN YESUS MENYERTAI KITA. Amen!" Pastor Websterlong -Pastor Gereja SDA Kuala Penyu-

"Saya berterima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam program ini atas kerjasama yang telah anda berikan dari segi kewangan, masa, tenaga, dan pengorbanan anda tanpa rasa jemu sepanjang program ini dilangsungkan. Tanpa anda program ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Diharapkan pada masa-masa akan datang lebih banyak program yang sebegini dapat dirancang untuk kebaikan bersama. Akhir kata bersama-samalah kita membuat pelayanan dalam kasih Tuhan." Saudari Julailyn Jilius -Pengarah Program-

"Terima ksaih kepada semua penderma dan penyumbang yang sudah memberikan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral. Tidak lupa juga ucapan syabas kepada ahli sacus yang begitu dedicated dalam menjayakan program ini. Marilah kita terus melayani dan berkerja di ladang Tuhan. Tuhan memberkati." Saudara Fredirick Raymond Kisell -Timbalan Pengarah Program-

"Wow, apa lagi yang boleh saya katakan, program ini memang best! Program ini ternyata memberikan kesan positif terhadap saya secara peribadi kerana dapat mewujudkan satu kesatuan di kalangan kawan-kawan sekalian, umpama satu keluarga. Rupa-rupanya semua kawan-kawan mempunyai bakat dalam bertukang, mengecat dan sebagainya. Jadi, program seperti ini pasti akan diteruskan dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kita yang terus memberikan sokongan kepada kita di dalam menjalankan program seperti ini. Tuhan memberkati kita semua." Boben

"The Kuala Penyu project was the first and the best upbuilding activity ever held by SACUS. This project brings us all closer to each other as well as to God. May this blessed project touch believers all around Kuala Penyu to strengthen their faith and continue to spread God's Word." Alfred

"Program seperti ini harus dijalankan seboleh-bolehnya setiap semester kerana program seperti ini dapat mewujudkan satu ikatan yang teguh dikalangan ahli-ahli SACUS. Selain itu, program seperti ini dapat memberi peluang kepada kita untuk melibatkan diri dalam pelayanan kasih Kristus. Oleh itu, tahniah kepada semua yang telah menjayakan program Kuala Penyu terutamanya kepada Julai selaku pengarah program. Semoga Tuhan memberkati kita semua." Jerry

"Program Kuala Penyu dapat mengeratkan ikatan sesama ahli SACUS. Program ini juga akan menjadi inspirasi untuk membantu gereja yang seumpama dengan gereja Kuala Penyu. Selain itu, program ini memerlukan sokongan yang kuat daripada ahli SACUS, dan itu telahpun dibuktikan. Akhir kata, kejayaan program di Kuala Penyu merupakan berkat yang berkelimpahan dari Tuhan. Amen!" Kiki

"Siang membaiki gereja, malam terus ada worship sampai jam 10pm, tapi itu semua tiada masalah, coz our friendship give us all like energy boost. Sekiranya ada lagi kerja-kerja seperti ini, saya berharap dapat berkerjasama dengan kawan-kawan semua, sebab mereka semua adalah yang terbaik. Pastor juga sangat mendorong. Program ini sangat memuaskan, bukan sahaja membina tingkah laku sosial kita, tetapi juga menguatkan pemahaman kerohanian kita dan bagi saya program ini memberikan kebaikan kepada semua rakan-rakan." Rayweal

"Saya amat suka program seperti ini! Walaupun ia satu kerja yang memenatkan, tapi yang paling penting ialah hubungan antara ahli-ahli SACUS menjadi lebih rapat. Sebelum saya menyertai program ini, ramai yang saya tidak tahu nama, tidak rapat cuma kenal muka sahaja, tetapi selepas mengikuti program ini, saya dapat mengenali lebih rapat ahli-ahli SACUS yang menyertai program ini. Saya berharap ada program yang macam ini lagi, sebab saya mau ikut! Walau bagaimanapun, segala kelemahan haruslah diperbaiki pada program akan datang seperti memastikan peralatan mengecat lengkap, dan lain-lain. Kalau boleh, sediakan juga baju dan topi untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Oh yes, i like it!" Sherywina@Koyong

"Program seperti ini akan meningkatkan keceriaan gereja. Saya percaya program ini (keceriaan gereja, kumpulan umum dan hubungan kemasyarakatan) akan meningkatkan semanga anggota-anggota gereja SDA Kuala Penyu. Hubungan di antara ahli-ahli SACUS dan anggota gereja terus dieratkan lagi. Program ini juga dapat menyuntik semangat kemasyarakatan di kalangan ahli-ahli SACUS. Di samping itu, ia boleh memberikan banyak pengalaman kepada para peserta, dan juga melatih peserta untuk mengendalikan program." Sylvestone@Iton

"We all having fun together! Diharapkan program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang." Mijeh

"Selain dapat berkumpul dengan kawan-kawan dan bertukar-tukar pendapat, kita juga dapat bergaul mesra dengan anggota gereja SDA Kuala Penyu, dan dapat mengongsikan kesaksian kita kepada mereka." Eva

"Program ini amat siok. Patut diteruskan dan memang rugi besar siapa yang indak ikut." Heljony@El

"Ini adalah kali pertama saya mengikuti program Kuala Penyu dan ternyata memang best! Saya sangat suka program ini. Next time saya mesti tidak terlepas join, selagi ada peluang. May God bless." Kaylona

"Terima kasih kepada pastor kerana banyak membantu, dan terus menyokong kami semua. Saya suka program ini. Walau bagaimanapun, segala kelemahan juga boleh diperbaiki lagi. Program ini juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan ahli, dan apa yang pasti saya akan ikut lagi aktiviti SACUS, seperti program masuk kampung, sebab saya suka masuk kampung orang." Maslen

"Bagi saya, program Kuala Penyu sangat baik untuk kesatuan ahli-ahli SACUS. Apa yang penting, diharapkan program seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan." Alfrye

"Anything is possible in God." Asyer

"Program ini sangat menarik. Kita dapat melayani umat Tuhan, dan melalui program ini kita juga dapat mengeratkan hubungan sesama SACUS." Jian

"Hello. Apa kabar semua? Harap semua sihat. Abang-abang dan kakak-kakak yang cute datang sini lagilah kalau ada masa. Ok, itu sahaja. bye-bye." Orlando -peserta paling muda-

"Pertama sekali terima kasih banyak-banyak terutamanya kepada mereka yang telah merancang aktiviti ini juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan. Saya sangat seronok sepanjang aktiviti ini di samping dapat membangunkan gereja dan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kita semua. Ia juga dapat menguatkan lagi iman kita semua. God bless us." Anny

4 comments:

Anonymous said...

nextime mesti buat perancangan lagi awal...k....
kita kasih mantap lagi.....
jan lupa jemput sa.....
klu sa free time tu...sa confirm join..hehehe gbu

Elven Joe said...

Saya merasa sungguh rugi sebab x dpt join program ini atas masalah yg x dpt dielakkan.. tpi sya sgt gembira krana kwn2 SACUS yg lain telah menjayakan program ini dgn baik..
God Bless SACUS..
_Ben**

Elven Joe said...

Bravo SACUS!! Well done.

Anonymous said...

hahaha... gud luck sacus... harap2 program cam ni da g c masa akan dtg.. sa pun kan join jua... hehehe..