
Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari yang dikasihi di dalam Yesus Kristus. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk mengikuti satu seminar yang bertajuk '
Cara Berkothbah Yang Berkesan'. Penceramah kita didatangkan khas dari Gereja SDA Likas KK, yang mana tidak asing lagi bagi kita semua. Beliau yang dimaksudkan ialah
Pastor Kozel Watts. Jadi, pastikan saudara dan saudari tidak terlepas peluang menyertai seminar ini pada
2 Mei 2009 (Sabat), selepas selesai kebaktian khotbah. Kita juga akan menerima kunjungan daripada anggota-anggota dari
Gereja Labuaya pada Sabat tersebut. Disamping itu, kita juga akan mengadakan
potluck, yang mana merupakan acara yang penting juga untuk memberi kita tenaga dan kesegaran sebelum mendengar seminar :-). Jadi, mari kita
ajak kawan kita ramai-ramai menyertai seminar ini.
Kita semua memang berpotensi untuk berkhotbah, pendek kata, semua berbakat. Sebab itulah pihak lembaga gereja mahu mengadakan
seminar ini khas untuk kita semua, dan
berita terbaru adalah, selepas kita mengikuti seminar ini, beberapa bulan kemudian
kita akan dibawa ke gereja-gereja kecil untuk berkhotbah di gereja-gereja tersebut. Mari kita sahut cabaran ini.
[Kepada semua rakan-rakan SACUS, bah, bila lagi kita mau belajar cara berkhotbah yang berkesan kan? Inilah masanya. Saya cabar kita semua untuk hadir seminar ini. Kita pasti akan berasa bangga sekiranya orang-orang mengatakan "WOW, hebat dan berkesan sungguh khotbah kamu!". Kerana ini semua adalah berkat-berkat yang TUHAN berikan kepada kita semua. Tuhan memberkati kita semua]
0 comments:
Post a Comment