Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16

Monday, December 27

Happy 2011





Pantas sekali masa berlalu. Pejam celik mata sudah di penghujung 2010, dan sebentar saja lagi kita akan memasuki satu lagi tahun baru – 2011! Adakah kita sudah siap untuk melalui detik-detik 2011? Sudah tercapaikah apa yang kita rencanakan bagi tahun 2010? Apa pun yang berlaku, pastinya semua yang terjadi adalah menurut kehendakNya. Kita bersyukur untuk setiap yang baik berlaku pada kita dan belajar dari yang tidak baik untuk masa hadapan. Sepanjang tahun 2010 SACUS telah berhasil mengadakan beberapa aktiviti seperti yang dirancang dalam takwim, walaupun tidak kesemuanya namun suatu saat pasti akan berkesempatan melakukan aktiviti-aktiviti lain dengan keizinanNya..ya, Puji Syukur buat Tuhan! Apa yang penting, mesej yang kita dapat bagi setiap aktiviti. Moga semuanya akan mengubah hidup kita menjadi lebih baik, dan merapatkan pertalian kita dengan Yang Maha Kuasa. Mari kita imbas kembali apa yang telah berlaku untuk ingatan bersama =)






0 comments: