Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16

Wednesday, January 13

AGM SACUS: Pemilihan Exco Tertinggi dan Biro SACUS Sesi 2010

Shalom dan salam pertemuan...

Pada 9 Januari 2010 (Sabat) yang lepas, SACUS telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan ACAC dan AGM. Hasil daripada mesyuarat itu, semua yang hadir bersetuju untuk mengadakan pemilihan exco tertinggi dan biro SACUS 2010 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:   30 Januari 2010 (Sabat)
Tempat:  Alamesra CARE Adventist Center (ACAC)
Masa:     1:00-2:15pm (selepas potluck)

Sepintas lalu...
Secara tradisinya, pemilihan exco & biro-biro SACUS dibuat pada akhir semester II setiap tahun. Biasanya, presiden yang dilantik adalah daripada pelajar tahun akhir. Apabila peralihan kuasa berlaku, presiden dan kebanyakan exco&biro-biro yang lama telahpun tamat pengajian. Ini menyebabkan, ajk-ajk yang baru dilantik mempunyai masalah dalam mengurus persatuan ini, kerana tidak mendapat tunjuk ajar dan penerangan awal mengenai tugas dan tanggungjawab mereka berdasarkan jawatan yang dipegang.

Oleh yang demikian, exco tertinggi SACUS sesi 2009 berani mengambil tindakan yang bertanggungjawab untuk mengadakan pemilihan baru ajk-ajk SACUS pada awal semester II, semata-mata untuk memantapkan lagi persatuan ini melalui pemantauan daripada ex-Presiden dan exco lama. Dengan demikian, ajk-ajk yang baru dilantik akan mendapat bantuan/ tunjuk ajar daripada ajk-ajk lama di dalam mengurus persatuan ini.

Sekarang...
Satu senarai penuh ahli-ahli SACUS beserta jawatan-jawatan yang dikosongkan akan ditampal pada papan notis Alamesra CARE Adventist Center (ACAC) pada 15 Januari 2010 (Jumaat) bagi memudahkan ahli-ahli untuk membuat pilihan calon-calon yang difikirkan sesuai untuk jawatan-jawatan tersebut.

Adalah diharapkan semua ahli SACUS dapat menghadirkan diri pada AGM SACUS itu nanti.

Tuhan memberkati.

1 comments:

Charlie said...

Ya.. Ada pengumuman utk smua ahli SACUS.. mesti datang ya... jumpa di sana...