Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16

Thursday, April 23

Kontroversi: Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian?

Saudara-mara Presiden US Barack Obama di Kenya bersama-sama dengan evangelist dari Australia John Jeremic pada Hari Sabat

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan berita mengenai seorang nenek yang cuba untuk di'kristiankan' oleh gereja Seventh-day Adventist di Kenya! berikut adalah laporan akhbar tersebut:

NAIROBI: Sebuah gereja Kenya cuba membawa nenek tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menganuti agama Kristian, cubaan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam negara itu yang mendesak kerajaan menghalang usaha berkenaan.

Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya bercadang menjadikan Mama Sarah, 87, seorang Kristian dalam satu majlis besar-besaran, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.

[Adapun kita tahu memang banyak 'ralat' dan ketidak tepatan penggunaan perkataan di dalam penyampaian laporan ini, oleh akhbar tempatan tersebut. Sebagai contoh, menggunakan perkataan "menjadikan" Mama Sarah seorang Kristian, amatlah tidak tepat, seolah-olah ada unsur paksaan dalam tindakan tersebuk, walhal pihak gereja hanya sekadar "menjemput" dan "mempelawa" nenek tersebut untuk menerima Yesus sebagai Juruslamat. Perkataan Gereja "Seventh Day Adventist" juga tidak betul, dan yang betul adalah Gereja "Seventh-day Adventist". Ambil perhatian perenggan terakhir laporan akhbar tersebut yang mengatakan "
Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan." Ini adalah satu fitnah terhadap gereja kita! Sebenarnya, Mama Sarah sudahpun bersiap-siap untuk pergi ke gereja tetapi dihalang oleh anaknya Saidi Obama dan ahli keluarga. Berita ini dilaporkan sendiri oleh salah sebuah akhbar Kenya iaitu Daily Nation, yang jauh lebih telus di dalam menyampaikan laporan berita tersebut.]

0 comments: