Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16

Tuesday, April 21

Laporan: SACUS AGM 2009

Bergambar kenangan selepas selesai AGM

Pada 18 April 2009, SACUS telah mengadakan AGM 2009. Agenda utama adalah pembubaran AJK 2008/2009 dan perlantikan AJK baru sesi 2009/2010. Proses pemilihan dibuat dengan penuh telus dan pemilihan berdasarkan undian daripada ahli-ahli SACUS. SACUS kali ini menampilkan banyak muka-muka baru dalam mengisi jawatan-jawatan yang telah dikosongkan. Mereka dipilih berdasarkan suara majoriti. Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa Pentadbiran SACUS Sesi 2009/2010:


Pastor Jibil Simbah
(Penasihat)

Boben Jeloson
(Presiden SACUS)

Charlie Bagah
(Timbalan Presiden)

Anne Azeonna
(Setiausaha)

Marilyn Gakim
(Timbalan Setiausaha)

Clyrinah Jesmin
(Bendahari)

Sylveston
(Timbalan Bendahari)

*Senarai Biro-biro akan disertakan apabila mendapat laporan penuh daripada setiausaha.

[Pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK 2008/09 atas segala jasa dan sumbangan di dalam persatuan ini. Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami semua. Kepada AJK baru sesi 2009/10 kami berharap saudara/saudari semua dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saudara dan saudari. Bagi mereka yang tidak menyandang sebarang jawatan, ini tidak bermakna anda dipinggirkan. Kami dengan hati yang terbuka, mengajak kawan-kawan sekalian utuk turut serta terlibat dalam segala aktiviti-aktiviti yang akan dirancang nanti. Tanpa sokogan kawan-kawan sekalian, adalah amat sukar untuk menggerakkan persatuan ini. Marilah kita sama-sama bertumbuh di dalam Iman. Tuhan memberkati kita semua.]

0 comments: