Friends

Welcome to SACUS Blogsite

“For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” John 3:16
Showing posts with label Invitation. Show all posts
Showing posts with label Invitation. Show all posts

Sunday, April 26

Terkini: Cara Berkhotbah Yang Berkesan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari yang dikasihi di dalam Yesus Kristus. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk mengikuti satu seminar yang bertajuk 'Cara Berkothbah Yang Berkesan'. Penceramah kita didatangkan khas dari Gereja SDA Likas KK, yang mana tidak asing lagi bagi kita semua. Beliau yang dimaksudkan ialah Pastor Kozel Watts. Jadi, pastikan saudara dan saudari tidak terlepas peluang menyertai seminar ini pada 2 Mei 2009 (Sabat), selepas selesai kebaktian khotbah. Kita juga akan menerima kunjungan daripada anggota-anggota dari Gereja Labuaya pada Sabat tersebut. Disamping itu, kita juga akan mengadakan potluck, yang mana merupakan acara yang penting juga untuk memberi kita tenaga dan kesegaran sebelum mendengar seminar :-). Jadi, mari kita ajak kawan kita ramai-ramai menyertai seminar ini.

Kita semua memang berpotensi untuk berkhotbah, pendek kata, semua berbakat. Sebab itulah pihak lembaga gereja mahu mengadakan seminar ini khas untuk kita semua, dan berita terbaru adalah, selepas kita mengikuti seminar ini, beberapa bulan kemudian kita akan dibawa ke gereja-gereja kecil untuk berkhotbah di gereja-gereja tersebut. Mari kita sahut cabaran ini.

[Kepada semua rakan-rakan SACUS, bah, bila lagi kita mau belajar cara berkhotbah yang berkesan kan? Inilah masanya. Saya cabar kita semua untuk hadir seminar ini. Kita pasti akan berasa bangga sekiranya orang-orang mengatakan "WOW, hebat dan berkesan sungguh khotbah kamu!". Kerana ini semua adalah berkat-berkat yang TUHAN berikan kepada kita semua. Tuhan memberkati kita semua]

Tuesday, April 21

Single Retreat

Ni berita terbaru pasal Single Retreat.. Sebelum ini tarikh dia ialah 1-3 Mei tetapi memandang pembicara yang akan hadir pada masa itu, Ps. Gration, menghadiri satu program besar-besaran jadi tarikh ditukar kepada tarikh yg baru.

Tarikh: 15-17 Mei, 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat: Retreat Center (kurang pasti dimana)
Yuran: RM47.00 (bayar pd tarikh tutup kpd Puan Jancy Gaban)
Anjuran: Jabatan Kekeluargaan, Sabah SDA Mission
Topik: Macam mana mencari pasangan (siok ni)
Peserta: Belia yg masih single. (16+ thn)
Tarikh tutup hantar borang: 30 April 2009 (khamis)

dikatakan peserta dihadkan kepada 120 peserta saja. Jadi, siapa duluan.. dia la yang dapat ikut.

[Ngam la ni untuk muda-mudi macam kita. Tidak kisahlah kita sudah "In a relationship" status ka ataupun "single" status, kita semua dipelawa untuk menyertai program ini, kerana pasti banyak maklumat berguna yang akan kita dapat daripada program ini.]