Idea untuk menubuhkan Persatuan Pelajar SDA IPT Sabah (PPSIPTS) telah tercetus semasa perkemahan Pathfinder yang diadakan di Dantai pada 27 November 1996. Bagimana idea itu boleh timbul?
Begini kisahnya, pada masa perkemahan itu, para kaunselor Pathfinder yang terpilih bagi membantu pengendalian perkemahan itu terdiri daripada penuntut-penuntut Institusi Pengajian TInggi dan Tingkatan 6 (Pra-U). Persahabatan di antara para pelajar IPTA/IPTS dan Pra-U ini mula berputik semasa sama-sama menjadi kaunselor di perkemahan ini. Oleh itu, bagi meneruskan bahang persahabatan ini, idea untuk menubuhkan PPSIPTS pun dikemukakan. Salah seorang yang terlibat dalam idea penubuhan PPSIPTS ialah Cikgu Daniel Bagah sendiri iaitu pengetua SASS pada ketika itu.
23-25 Mei 1997 merupakan tarikh keramat yang telah dipilih untuk merealisasikan impian penubuhan PPSIPTS ini. Wakil-wakil mahasiswa IPTA/IPTS, maktab-maktab perguruan, para pelajar pra-U dan para guru telah hadir untuk menjayakan hasrat penubuhan PPSIPTS ini. Pertemuan pertama yang bertemakan “Dare to be Different”, telah dianjurkan oleh para pelajar SDA IPT Sabah, dinaungi oleh Sabah SDA Mission (Jabatan Pendidikan) dengan Cikgu Daniel Bagah sebagai penasihat pertemuan yang pertama sementara En. Gerard B. Sepati menjadi penyelaras keseluruhan. Pertemuan bersejarah tersebut juga telah disaksikan oleh Dr. Edmund Siagian (Pengarah Pendidikan SDA Uni Asia Tenggara pada ketika itu) dan En. Nasco Gabu (Tim. Pengetua SASS Bahagian Pentadbiran ketika itu). Berikut merupakan objektif bagi pertemuan ini;
- Memilih AJK PPSIPTS
- Melancarkan persatuan
- Melebarkan persahabatan antara anggota PPSIPTS kerana melalui persatuan seperti ini mereka dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat seiman dari IPTA/IPTS yang lain.
Diringkaskan cerita, maka terbentukla Persatuan Pelajar SDA Institusi Pengajian Tinggi Sabah (PPSIPTS). Kemudian persatuan ini dikenali sebagai AMiCUS Sabah dan kini ia lebih dikenali sebagai Sabah Adventist Association of College and University Students (SACUS). Presiden yang pertama ialah Saudara Saumon Maliki, Saudara Sauflee Sinari merupakan Timbalan Presiden, manakala Saudari Scherrie Anne Siran adalah Setiausaha dan Saudara Anderson Bangkuai menjadi bendahari yang pertama.